Pertandingan Orienteering Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh admin   
Khamis, 02 Ogos 2007 18:41


Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah menganjurkan Pertandingan Orienteering Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jemputan Kebangsaan 2007 pada 25 dan 26 Julai 2007. Pertandingan ini telah diadakan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka. Ia melibatkan pelajar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan peserta jemputan dari Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur. Seramai 198 peserta telah menyertai pertandingan ini. (Gambar)

Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Perempuan (Jemputan Kebangsaan), Kategori Lelaki dan Perempuan (Menengah) dan Kategori Lelaki dan Perempuan Rendah

Kategori Lelaki (Jemputan Kebangsaan) tempat pertama telah dimenangi oleh Negeri Perlis dengan catatan masa 23 Minit 42 Saat, tempat kedua Negeri Kelantan (25 Minit 06 Saat) dan diikuti oleh Negeri Terengganu (38 Minit 39 Saat). Bagi Kategori Perempuan (Jemputan Kebangsaan) tempat pertama dimenangi oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan catatan masa 1 jam 04 minit 49 saat. Tempat kedua diduduki oleh Negeri Perlis (40 Minit 01 saat) dan tempat ketiga dimenangi oleh Negeri Kelantan dengan catatan masa 50 Minit 17 saat.

Bagi Kategori Lelaki (Menengah) pula menyaksikan kemenangan dua tahun berturut-turut dari SMK Kiaramas (29 minit 08 saat), diikuti oleh SMK Wangsa Maju Seksyen 5 (32 minit 18 saat) dan SMK Desa Tun Hussein Onn (32 minit 31 saat) di tempat ketiga. Manakala bagi Kategori Perempuan (Menengah) tempat pertama juga dipelopori oleh SMK Kiaramas dengan catatan masa 57 minit 53 saat menyaksikan kemenangan dua tahun berturut-turut. Tempat kedua dimenangi oleh SMK Raja Abdullah (1 jam 02 minit 01 saat) dan SMK Datok Lokman menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 1 jam 24 minit 24 saat.

Penyertaan diperingkat sekolah rendah pula menyaksikan kemenangan dua kali berturut-turut dari Sekolah Kebangsaan Tentera Darat dalam Kategori Lelaki (Rendah dengan catatan masa 46 minit 06 saat. Tempat kedua pula dimenangi oleh SK Wangsa Maju Seksyen 1 (49m 22s) dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Segambut dengan catatan masa 50 minit 21 saat. Kategori Perempuan (Rendah) tempat pertama dimenangi oleh SK Convent Sentul 2 (48m 03s), tempat kedua dimenangi oleh SK Bandar Baru Seri Petaling 1 (53m 38s) dan tempat ketiga dipelopori oleh SK Taman Bukit Maluri dengan masa 55 minit 26 saat.

Majlis perasmian penutupan pertandingan ini telah dirasmikan oleh Encik Mahamad Amran bin Kamsi (Ketua Sub-Unit Pendidikan Luar, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia). Diharapkan dengan adanya pertandingan seperti ini sukan Orienteering dapat diperkenalkan sebagai salah satu bidang dalam aktiviti pendidikan luar dan rekreasi di sekolah-sekolah. Ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menguji tahap pengetahuan dan aplikasi penggunaan peta orienteering dan kompas. (Artikel : Maslyana Ahmad Rathuan)
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 13 Ogos 2007 21:50
 
Sabtu, 11. September 2010

Design by: LernVid.com