Kursus Asas dan Lanjutan Orienteering PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Selasa, 26 Jun 2007 00:50
Orienteering merupakan satu aktiviti sukan yang masih baru di Malaysia. Sukan ini sesuai untuk semua lapisan umur, tahap kecergasan dan kemahiran dalam mencari kedudukan control point dengan menggunakan peta dan kompas.

Dalam usaha memperkenalkan sukan orienteering ini, Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Asas dan Lanjutan orienteering bagi jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur pada 17 hingga 22 Jun 2007 bertempat di Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Kursus ini telah dihadiri seramai 40 orang jurulatih termasuk tiga orang jurulatih jemputan dari Pusat Kokurikulum Perlis, Terengganu dan Selangor. Ini merupakan pendedahan yang amat bernilai mengenai sukan orienteering kepada jurulatih pusat kokurikulum.


Secara tidak langsung, dengan adanya pendedahan seperti ini, diharap jurulatih yang telah mempunyai asas kemahiran dalam sukan ini dapat memperkenalkan dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi kepada pelajar di peringkat sekolah.

Ia juga boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum seperti Pengakap, Pandu Puteri, persatuan dan sebagainya. Pelajar juga dapat mempelajari cara membaca peta dan menggunakan kompas.

Disamping itu, melalui sukan orienteering secara tidak langsung dapat melatih pelajar mengamalkan nilai-nilai murni. Pelajar perlu bantu membantu dan tolong menolong di antara satu sama lain. Ini telah dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan orienteering.

Oleh demikian, diharap perkembangan sukan orienteering ini dapat dijayakan dengan bantuan semua masyarakat pendidik. Disamping dapat menjana sahsiah diri pelajar. (artikel sumbangan Maslyana bt Ahmad Rathuan)(Gambar)
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 02 Ogos 2007 22:38
 
Sabtu, 11. September 2010

Design by: LernVid.com