| Kursus Asas "Belayer" dan Pengendalian Aktiviti Aras Tinggi |
|
|
|
| Ditulis oleh Nor Azam Che Lah |
| Jumaat, 25 Mei 2007 20:19 |
|
Program ini dijalankan untuk memberi kemahiran asas "belayer" dan pengiktirafan kelayakan serta langkah yang betul dalam mengendalikan aktiviti aras tinggi seperti flying fox, jacob ladder, abseilling, wall climbing dan elemen-elemen aras tinggi yang lain.
![]() Seramai 48 orang jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur terlibat dalam kursus
ini. Kursus ini dijalankan oleh Persekutuan Mendaki Malaysia.
Pensijilan kursus ini akan dikeluarkan oleh South East Asia Climbing
Federation yang berpangkalan di Singapura. Untuk kursus ini, 2 orang
fasilitator dari Persekutuan Mendaki Malaysia telah hadir iaitu Mr
Francis Low dan En Mohd Afifi B Abdullah. Sekalung penghargaan kepada mereka dan juga Persekutuan Mendaki Malaysia atas bantuan teknikal dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat melahirkan jurulatih yang berkemahiran dan berkeyakinan dalam mengendalikan aktiviti Wall Climbing dan aktiviti aras tinggi bagi melahirkan modal insan yang cemerlang di kalangan yang cemerlang selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPP) yang menjadi pelan induk bagi warga pendidikan di seluruh negara Malaysia yang tercinta. Akhirnya "ON BELAY" kepada semua jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. (Gambar) |
| Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 04 Jun 2007 20:50 |



