|
XPlorasi Pendidikan Luar Murd SR siri 2 |
|
|
|
|
Explorasi Pendidikan Luar Murid Sekolah Rendah 1Malaysia |
|
|
|
|
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif
|
|
Selasa, 27 April 2010 09:48 |
|
Pada 19 hingga 22 April 2010, Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah menganjurkan program ini bertempat di Pusat Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang. Seramai 89 orang peserta yang terdiri dari murid-murid sekolah sekitar Zon Keramat dan Zon Sentul.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dilalui oleh peserta. Aktiviti berkayak, Ikhtiar Hidup, Pandu Arah dan Eksplorasi alam. Setiap aktiviti peserta telah diberi pendedahan awal. Dalam aktiviti berkayak mereka di ajar cara mendayung yang betul dan merasai pengalaman berkayak di sekeliling kolam yang luas dalam bentuk ekspedisi. Dalam aktiviti ikhtiar hidup mereka diberi peluang untuk menghidupkan api sendiri dan memasak roti lilit. Begitu juga dengan aktiviti pandu arah, mereka berpeluang mengenali anatomi kompas dan mencari arah. Aktiviti yang paling mencabar ialah eplorasi alam dimana mereka dibawa menghilir sungai dan melakukan aktiviti berkaitan alam di sepanjang perjalanan dan diakhiri dengan aktiviti membersihkan sungai dari pencemaran.
Sepanjang program ini berlangsung, banyak pengalaman baru telah diperolehi oleh peserta. Rata-rata mereka tidak pernah melalui pengalaman seperti ini. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 28 April 2010 10:23 |
|
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif
|
|
Isnin, 29 Mac 2010 12:40 |
|
Kursus TOT dan Asas Pengadilan Paintball telah diadakan pada 23 hingga 25 Mac 2010 di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. Seramai 42 orang jurulatih yang dapat menghadiri kursus yang telah dianjurkan. Antara pengisian kursus yang diberikan ialah Pengenalan kepada peralatan paintball, Menyediakan Padang Paintball, Pengurusan Pertandingan Paintball.
Dalam kursus ini juga dijalankan mini pertandingan antara kumpulan. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Lipan Bara. Tahniah kepada semua yang berjaya. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 29 Mac 2010 12:45 |
|
Ujian Kecergasan Jurulatih |
|
|
|
|
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif
|
|
Jumaat, 05 Mac 2010 07:55 |
|
Ujian kecergasa Jurulatoh PKKKL yang diadakan pada 4 Mac 2010. Antara ujian yang dijalankan ialah larian 2.4km, Memikul Beban, Bangkit Tubi, Tekan Tubi dan Renang 200M. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecergasan Jurulatih PKKKL. Pada keseluruhannya, hampir semua jurulatih yang hadir dapat menamatkan ujian yang dijalankan. Tahniah kepada semua.. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 05 Mac 2010 08:05 |
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |