Program Pembelajaran Pendidikan Luar SM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Isnin, 10 Mac 2008 20:21




Seramai 95 orang pelajar dari 40 buah sekolah menengah yang terpilih dari Kuala Lumpur yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah mengikuti Program Pembelajaran Pendidikan Luar Sekolah Menengah yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama empat hari tiga malam di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. Program ini adalah sebagai persediaan peserta untuk mengikuti program-program yang akan dianjurkan pada peringkat kebangsaan. (gambar)


Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 08 April 2008 18:59
Baca lagi...
 
Seminar Peningkatan Profesionalisme Kejurulatihan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Jumaat, 22 Februari 2008 18:21



Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Peningkatan Profesionalisme Kejurulatihan peringkat negeri  Kuala Lumpur 2008 pada 19 hingga 21 feb 2008. Seminar ini dihadiri oleh semua jurulatih Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur yang bertempat di Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional, Kajang, Selangor. Seminar ini telah dirasmikan oleh En. Tajudin bin Mohamad Mor, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 


Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 18 April 2008 21:33
Baca lagi...
 
Dimana Sharlinie ? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Khamis, 17 Januari 2008 18:45

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 17 Januari 2008 18:48
 
Cabaran Selangor 2007 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Sabtu, 17 November 2007 20:00




Cabaran Selangor pada tahun ini telah diadakan pada 1 hingga 7 November 2007 dan Pusat Kokurikulum Selangor merupakan tuan rumah bagi cabaran ini. Perasmian Kursus Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Luar Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Ke-8 telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Datin Hamidah bt Nordin di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor.

Berucap kepada seramai 297 peserta, katanya, Cabaran Selangor ini menjanjikan kelainan kepada peserta kursus dan berharap jurulatih yang mengambil bahagian mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat bagi mengharungi kursus selama seminggu di Selangor.
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 19 November 2007 18:54
Baca lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
Selasa, 07. September 2010

Design by: LernVid.com