Program Pendidikan Hidupan Liar dan Flora PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Rabu, 05 November 2008 19:21


Pada 12 hingga 15 Oktober yang lalu Pusat  kokurikulum KL telah menganjurkan program Program Pendidikan Hidupan Liar dan Flora bertempat di Institut Biodiversiti Lanchang,Bukit Rengit,Pahang. Program ini telah disertai oleh seramai 38 orang peserta dan 8 orang jurulatih PKKL bersama 6 orang jurulatih Perhilitan. Program ini telah memberi banyak pengalaman yang menarik kepada anak-anak bandar yang tidak pernah mengalami suasana di dalam hutan. Pada mereka ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup dapat berinteraksi dengan alam semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna.
 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 12 November 2008 17:28
Baca lagi...
 
Kursus Lanjutan Orienteering Kebangsaan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Selasa, 19 Ogos 2008 21:41





Pada 11 hingga 15 Ogos 2008 yang lepas telah berlangsung Kursus Lanjutan Orienteering Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Peringkat Kebangsaan bertempat di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Orienteering Malaysia, Teknikal Orienteering Kebangsaan dan Persatuan Radio Amatur Malaysia. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri seluruh negara menyertai kursus ini. Daripada 40 orang tersebut 6 orang dari mereka merupakan peserta wanita. Peserta yang hadir ini terdiri dari jurulatih yang telah menghadiri Kursus Asas Orienteering yang telah diadakan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka pada tahun 2006 yang lalu.
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 11 November 2008 07:26
Baca lagi...
 
Karnival Pendidikan Luar Murid SM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Khamis, 31 Julai 2008 17:26


Karnival Pendidikan Luar adalah satu program di mana semua peserta akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar yang sering dilaksanakan di setiap Pusat Kokurikulum di seluruh negara. Setiap negeri menghantar 16 orang peserta  terdiri daripada lapan peserta lelaki dan lapan peserta perempuan. Peserta adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Pada tahun ini Wilayah Persekutuan Labuan menjadi tuan rumah karnival ini yang berlangsung selama lima hari empat malam. Peserta seramai 254 orang dan jurulatih pengiring seramai 32 orang. Kontijen Kuala Lumpur di ketuai oleh En. Yazid bin Alias dan Pn. Zakiah sebagai jurulatih pengiring. Sepanjang program berlangsung, kontinjen Kuala Lumpur telah mencipta beberapa kejayaan seperti acara paintball,ikhtiar hidup eksplorasi dan berbagai lagi. Manakala dalam pertandingan kebudayaan kontinjen Kuala Lumpur telah mendapat tempat ke-4. Tahniah diucapkan.
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 02 September 2008 21:08
 
Cabaran Kelantan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Jumaat, 04 Julai 2008 18:34
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 31 Julai 2008 17:27
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
Selasa, 07. September 2010

Design by: LernVid.com