Indahnya Bandarayaku PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Rabu, 12 Ogos 2009 19:00



Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah di beri mandat untuk melaksanakan program 1Malaysia peringkat kebangsaan melalui Pakej Ransangan ke 2. Program yang diutamakan untuk anak-anak pendalaman ketagori 3 yang diberi nama indahnya bandarayaku. Program ini telah diadakan sebanyak 2 siri. Siri 1 telah diadakan pada 20 - 23 Julai 2009 dan siri 2 pada 3-6 Ogos 2009. Seramai 820 orang murid sekolah rendah dan guru pengiring telah menyertai program ini. Anak-anak ini terdiri dari masyarakat orang asli dan anak-anak pendalaman dari Sabah dan Sarawak yang tidak pernah melihat bandaraya Kuala Lumpur. Negeri-negeri yang terlibat teridiri daripada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 12 Ogos 2009 19:31
Baca lagi...
 
Perkhemahan Alam Semulajadi Wawasan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Rabu, 17 Jun 2009 19:47




Pada 18 hingga 21 Mei 2009 yang lalu, Telah berlangsung Program Perkhemahan Alam Semulajadi Wawasan Murid Sekolah Rendah peringkat Negeri. Program ini telah diadakan di Institut Biodiversiti Perhilitan Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. Seramai 40 orang murid dan 2 orang jurulatih telah menyertai perkhemahan ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pecah bendungan, Jejak si kelawar, rintis hutan, pandu arah, rintis sungai, permainan alam, lawatan muzium zoology, karya hutan, malam kreativiti dan aktiviti akhir ialah lawatan ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah dan Perkampungan orang asli suku kaum che wong.
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 18 Jun 2009 17:26
Baca lagi...
 
ARDF Open 2009 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Isnin, 13 April 2009 17:50


 

Buat julung kalinya dalam sejarah radio amatur di Malaysia diadakan pertandingan ARDF(Fox Hunting) seperti ini. Pertandingan ini telah berlangsung pada 5 April 2009 yang bertempat di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dan Taman Tasik Titiwangsa. Pertandingan ini dijalankan dengan kerjasama Wilayah V17. ada 4 April 2009 telah diadakan klinik khas cara-cara membina antena untuk pelajar-pelajar sekolah yang menyertai pertandingan. Sebanyak 10 buah sekolah yang mewakili sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur. Daripada 10 buah sekolah tersebut, Terdapat dua buah sekolah yang menghantar 2 pasukan.Pelajar-pelajar juga telah diajar cara-cara menggunakan antena untuk mencari isyarat yang dikeluarkan oleh "beacon".
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 13 April 2009 18:52
Baca lagi...
 
Kursus Pengurusan Prosedur Kewangan dan ePerolehan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Selasa, 31 Mac 2009 17:00




Pada 23 hingga 26 Mac 2009 bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah, Penyelia dan Pembantu Tadbir Pusat Kokurikulum Negeri seluruh Malaysia telah menyertai Kursus Pengurusan Prosedur Kewangan dan ePerolehan yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.

Kursus ini merupakan satu kursus baru yang dipertanggungjawabkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kompentesi pengurusan prosedur kewangan dan mengendalikan aplikasi e-Perolehan secara formal dan bersepadu kearah membina negara bangsa.
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 01 April 2009 16:35
Baca lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
Selasa, 07. September 2010

Design by: LernVid.com