Taman Laut Murid SM 2009 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Isnin, 12 Oktober 2009 20:47




Program Penghayatan Taman Laut Murid Sekolah Menengahyang dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah didakan pada 21 hingga 26 Jun 2008.

Pada Program Kali ini seramai 39 orang peserta dari Kuala Lumpur,telah terpilih untuk mengikuti program ini.

Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 12 Oktober 2009 20:49
 
Ihya Ramadhan 2009 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Khamis, 17 September 2009 18:33






Pada 14 hingga 16 September 2009 PKKKL telang menganjurkan program Ihya Ramadhan yang dikendalikan oleh IP Minda Sdn. Bhd. Program ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Seramai 30 peserta dari sekolah yang terpilih di Kuala Lumpur telah mengikuti program ini.

Tentatif program adalah seperti biasa, dipenuhi dengan pengisian kerohanian. Tetapi pada waktu malam peserta program mengerjakan Ibadah Terawih. Pelajar-pelajar sepatutnya berasa beruntung kerana dapat solat terawih di Masjid Wilayah Persekutuan dengan alunan surah mengasyikkan daripada imam-iman ternama, Salah seorang daripadanya ialah Syeikh Moutasem Billal al-Asali.

Terima Kasih diucapkan kepada IP Minda Sdn. Bhd, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Ihya Ramadhan Murid Sekolah Menengah 2009.

Salam Aidilfirti 1430H
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 17 September 2009 18:55
 
Majlis Berbuka Puasa PKKKL PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Selasa, 08 September 2009 05:13



Majlis berbuka puasa dikalangan Jurulatih dan Kakitangan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah diadakan pada 7 September 2009. Terima Kasih kepada semua yang hadir.
Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 08 September 2009 05:38
 
Kem 1 Malaysia PP Keramat PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Fauzli Ab. Latif   
Jumaat, 14 Ogos 2009 16:53



Program Kem 1Malaysia merupakan satu program perkhemahan yang melibatkan murid-murid dari pelbagai kaum, bangsa dan etnik di Malaysia. Sehubungan dengan itu Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Keramat telah diamanahkan untuk menganjurkan Kem 1Malaysia daerah Keramat yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur dan SMK Seri Titiwangsa pada 7 hingga 10 Ogos 2009. Sebanyak 39 buah sekolah dari daerah Keramat telah menyertai program tersebut dengan penglibatan pelajar seramai 282 orang murid tahun 4,5 dan 6.
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 14 Ogos 2009 17:06
Baca lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
Jumaat, 10. September 2010

Design by: LernVid.com